Top

Pubu飽讀電子書

Barah Sosial dalam Komuniti

出版日期:2016/07/18
出版:UMT / Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
作者:Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:139
ID:160927

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。
免費試閱

內容簡介

Monograf ini membincangkan satu konsep baharu dalam disiplin Pembangunan Komuniti, iaitu “Barah Sosial”. Abad ke-21 menunjukkan kecenderungan disiplin ini menumpukan kepada potensi yang sedia ada dalam komuniti untuk dimanfaatkan dalam pembangunan komuniti yang dikenali sebagai “Modal Komuniti”. Salah satu bentuk modal komuniti ialah modal sosial yang mana merujuk kepada perhubungan dan interaksi antara kelompok manusia yang berbeza. Ketika melaksanakan kajian ke atas eleman pendayaupayaan ekonomi (economic empowerment) sebuah komuniti di Malaysia, penulis mendapati pendayaupayaan ekonomi komuniti tersebut tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, sedangkan mereka mempunyai potensi yang positif. Realiti tersebut mendorong penulis meneroka lebih mendalam dan akhirnya mendapati modal sosial telah melencong dari fitrahnya. Hasil kajian menggunakan istilah dan konsep baharu dalam menghuraikan faktor-faktor kelencongan modal sosial, iaitu “Barah Sosial”. Sifat barah sosial dalam melencongkan fitrah modal sosial berlaku secara sedikit demi sedikit, malahan asas barah sosial adalah dari sifat asas modal sosial itu sendiri, namun ia berlaku pada hala yang negatif. Barah sosial bukan sahaja memberi kesan kepada pendayaupayaan ekonomi komuniti, tetapi juga menyebabkan komuniti mengabaikan potensi komuniti, mengurangkan kesepaduan sosial komuniti, memandulkan penghasilan inovasi sosial, malah menghasilkan komuniti tergantung dan berpotensi untuk ‘mematikan’ komuniti. Bagi mengatasi masalah dan mengubati barah sosial, monograf ini mencadangkan agar diperkenalkan mekanisme ‘sedar diri’ kepada ahli komuniti, meningkatkan kapasiti modal sosial sedia ada dan ditingkatkan modal fitrah ahli komuniti berasaskan konsep “tauhidic intellectuality”.

留言Facebook

顯示更多