Top

Pubu飽讀電子書

CIK MIAU

出版日期:2018/08/06
出版:itbm / ITBM
作者:Mohd Shahremy Ikmal
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:397
ID:131793

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Novel Remaja : Cik Miau karya penulis muda Mohd Shahremy Ikmal mengisahkan perihal Aleesya seorang pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), yang sejak kecil begitu menyukai dan menyayangi kucing. Hidup Aleesya berubah setelah dia berjaya menyelamatkan seekor kucing Parsi berwarna keperang-perangan yang terperangkap di dalam lubang.

Sifatnya yang manja dan keletahnya yang menghiburkan menyebabkan Aleesya mengambil keputusan untuk memeliharanya. Anak kucing itu dinamainya Bobo.

Kisah Aleesya dan Bobo semakin mencabar apabila Aleesya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan dia bertekad untuk membawa Bobo bersamanya ke sana. Aleesya juga mengambil keputusan untuk menyembunyikan Bobo daripada pengetahuan pihak pengurusan kolej.

Irdina, rakan sebilik Aleesya di kolej merupakan seorang yang alah akan kucing. Sebaik-baik sahaja mengetahui
Aleesya membawa kucing ke dalam biliknya, Irdina mula memberontak. Dia marah terhadap tindakan Aleesya yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Maka, bermulalah episod perbalahan antara Aleesya dan rakan sebiliknya itu.

Apakah yang bakal terjadi kepada Aleesya dan Irdina seterusnya? Bagaimanakah pula nasib Bobo setelah Aleesya mempunyai rakan sebilik yang begitu membenci kucing?

留言Facebook

顯示更多