Top

Pubu飽讀電子書

Cintai Aku Dengan Restunya

出版日期:2017/03/06
出版:Kaseh Aries / Kaseh Aries Publication
作者:Kaseh Aries
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:473
ID:91365

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

"IRDIANA ~ “I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan itu.”
IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.
Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong.
“Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang.” Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.
IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat apa?
Ketika Idlan muncul semula, Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka. Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut hak dirinya sebagai tunang.
“Pada abang, cincin itu sebagai bukti pertunangan kita belum putus.” Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!
“Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin.”
Ketegasan Ika tak bertahan lama apabila akur dengan perasaan sendiri. Idlan tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan jadi huru-hara. Perasaannya bercampur antara simpati dan cinta.
"

留言Facebook

顯示更多