Dan Sepi Pun Berlalu
出版日期:2016/12/05
出版:Intens Idea / Intens Idea International 追蹤
作者:Intens Idea
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:815
ID:84852

內容簡介
FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.
FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.
Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.
Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…
Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.
Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…
“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah
Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.
“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq

您可能會喜歡
<
>
同類型熱門書藉
-
天使不翹愛《黑...
作者: 呂希晨 -
花蝶1483 - 腹黑...
作者: 慕容雪 -
花蝶1540 - 型男...
作者: 單飛雪 -
采花774 - 搞定...
作者: 季葒 -
花蝶1322 - 藏嬌
作者: 金妍