Top

Pubu飽讀電子書

Ery Itu Bulan

出版日期:2016/10/19
出版:pelangi / Pelangi ePublishing Sdn Bhd
作者:Rahimah Muda
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:162
ID:80217

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。
免費試閱

內容簡介

ERY itu Bulan mengisahkan hubungan cinta tiga segi antara Ery Andika, Nomi Emira dan Leeqa. Cerita bermula dengan perkenalan antara Ery Andika dengan Nomi Emira di suatu majlis seni dan budaya. Ery, seorang penari yang sering berpasangan dengan Leeqa, seorang gadis cantik yang sombong. Nomi pada mulanya tidak berhasrat untuk memikat Ery. Tetapi disebabkan kesombongan Leeqa dan untuk menyakitkan hati Leeqa yang sering mengganggunya, Nomi pun cuba memikat Ery. Perkenalan itu menghadapi pelbagai halangan terutama daripada Leeqa yang Nomi gelar sebagai 'perempuan ubur-ubur' kerana sifatnya yang suka menjahanamkan orang lain. Dalam usahanya merebut Ery daripada tangan Leeqa, Nomi menghadapi konflik dalam diri antara berpegang pada prinsipnya dengan menyahut cabaran Leeqa. Hubungan Ery dengan Nomi bagaimanapun menghadapi masalah disebabkan sikap Ery yang seperti bulan, yang hanya kelihatan cantik dari jauh. Hubungan Ery dan Nomi berakhir apabila Nomi menemui kekasih baru, sementara Ery pula menjalin semula hubungan dengan Leeqa. Novel ini mengetengahkan Nomi, seorang perempuan terkini yang masih mengekalkan sebahagian daripada jati diri bangsanya dalam mengisi kehidupan zaman globalisasi ini. Untuk mencipta keunikan tersendiri, pengarang menggunakan pendekatan sains angkasa biologi dalam penceritaan. Rumusan novel ini bukan hanya sebuah kisah cinta malah mengetengahkan jati diri, kekuatan jiwa, dan nilai-nilai murni yang boleh menjadi motivasi kepada pembaca.

留言Facebook

顯示更多