Institusi Pengajian Syariah & Sains - Era Kegemilangan Tamdun Islam
內容簡介
Buku ini membincangkan pendidikan Islam dari sudut konsep, falsafah, matlamat, dan kurikulum serta perkembangan pendidikan Islam zaman awal. Sebagai lanjutannya, perkembangan pendidikan pada era kegemilangan tamadun Islam turut dibincangkan. Fokus penulisan buku ini tertumpu kepada institusi pengajian syariah dan sains yang merangkumi masjid, kuttab, perpustakaan, madrasah, hospital, sekolah perubatan, balai cerapan (observatori) dan rumah sarjana sains. Bagi memperlihatkan keberkesanan institusi pengajian syariah dan sains yang wujud dalam era kegemilangan tamadun Islam, buku ini menampilkan sejarah dan latar belakang pendidikan beberapa orang cendekiawan Muslim antaranya al–Tabari, al–Shirazi, al–Ghazali, al–Razi, al–Farabi, Ibn Sina, al–Biruni, dan Ibn Rushd. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar, guru, dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang institusi pengajian syariah dan sains yang wujud dalam era kegemilangan tamadun Islam.
您可能會喜歡
<
>
同類型熱門書藉
-
-
仮面下的日本:...
作者: 雷光涵 -
-
做書的人:探訪...
作者: 陳雨汝,廖建華 -