Top

Pubu飽讀電子書

Konseptualisasi Kes Berdasarkan Teori dan Pengkhususan Kaunseling

5分,共1人評分。
出版日期:2019/08/31
出版:Penerbit UPSI
作者:Samsiah Mohd Jais, Pau Kee, Mohammad Aziz Shah Moihamad Arip
語言:繁體中文(台灣)
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:963
ID:235211

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。
免費試閱

內容簡介

Buku Konseptualisasi Kes Berdasarkan Pengertian, Teori dan Amalan ini merupakan bahan ilmiah yang boleh dijadikan panduan kepada ahli psikologi, ahli psikologi klinikal, kaunselor, kaunselor pelatih serta individu yang terlibat dalam proses mendalami kes klien berdasarkan penilaian klinikal dan perspektif teoritikal yang dipilih. Kecekapan kaunselor dalam mengkonseptualisasikan masalah klien dan memformulasikan pengalaman serta isu yang dialami oleh klien dengan lebih bermakna dapat membantu klien untuk lebih memahami isu yang dialami. Dengan adanya teoretikal orientasi sebagai peta kepada kaunselor, kefahaman tentang isu yang dialami oleh klien, punca masalah klien serta intervensi yang sesuai bagi klien untuk mengatasi masalahnya dapat dicapai. Melalui kes konseptualisasi dan formulasi kes yang tepat ini boleh membantu kaunselor dan klien mencapai persefahaman tentang permasalahan yang dihadapi oleh klien, seterusnya perancangan intervensi dapat dibuat secara berkesan. Antara topik-topik yang terkandung dalam buku ini ialah Kes Konseptualisasi Berdasarkan Teori Psikologi Individu, Teori Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT), Teori Kognitif Tingkah Laku (CBT), Teori Pilihan Terapi Realiti (CTRT), Teori Ringkas Berfokus Solusi (SBFT), dan Terapi Naratif. Pemfokusan kes konseptualisasi klien juga adalah berdasarkan bidang pengkhususan seperti Kaunseling Kerjaya, Intervensi Krisis, Kaunseling Trauma dan Kaunseling Kanak-kanak. Diharapkan kesemua topik yang dibincangkan di dalam buku ini dapat memberi gambaran yang jelas dan impak positif kepada pengamal profesional serta kaunselor pelatih agar pelbagai kes klien boleh dikendalikan dengan lebih efektif.

留言Facebook

顯示更多