Top

Pubu飽讀電子書

Pendidikan Keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi

出版日期:2020/08/19
出版:Penerbit UPSI
作者:Penerbit UPSI
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:541
ID:203185

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。
免費試閱

內容簡介

Buku Pendidikan Keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi ini diilhamkan dan disusun berdasarkan kepakaran, pengalaman dan kajian ketiga-tiga penulis dalam bidang ini. Penulisan ini memberi tumpuan kepada susur galur permulaan, perkembangan, senario dan status semasa pendidikan keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi. Perbincangan awal meliputi sejarah, perkembangan, dasar-dasar berkaitan pendidikan keusahawanan dan usaha memperteguh bidang keusahawanan yang boleh dibentuk menerusi pendidikan. Pemerihalan dapatan kajian dan kupasan berkaitan aspirasi kerjaya, tekad keusahawanan dan kecenderungan pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan peserta program keusahawanan bertujuan bagi memberi gambaran berkaitan usaha membangunkan generasi usahawan siswazah di seluruh pengajian tinggi. Aspek kesediaan dan sokongan persekitaran dalam pembudayaan keusahawanan, pemupukan keusahawanan sosial dan jaringan keusahawanan pelajar di universiti adalah antara kandungan penting yang diketengahkan ke arah menzahirkan graduan yang kompeten, memiliki pengalaman keusahawanan meskipun berdepan dengan cabaran dan halangan dalam aktiviti keusahawanan. Turut difokuskan di akhir penulisan ialah perihal ekosistem pendidikan keusahawanan di mana setiap elemennya berhubung antara satu sama lain ke arah menzahirkan generasi usahawan siswazah berjaya untuk keperluan negara. Penulisan ini digarap sedemikian rupa bagi membolehkan pembaca meneliti dan mendapat gambaran berkaitan pendidikan keusahawanan serta implementasinya di pengajian tinggi. Buku ini boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukan oleh semua khalayak pembaca sama ada pelajar, pendidik, penyelidik, pembuat dasar dan masyarakat.

留言Facebook

顯示更多