Top

Pubu飽讀電子書

Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode

出版日期:2017/08/30
出版:Penerbit UPSI
作者:Othman Lebar
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:306
ID:104851

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Buku ini memberikan tumpuan kepada perbincangan teori dan metod penyelidikan kualitatif melalui penghuraian tentang latar belakang perkembangan penyelidikan kualitatif dari segi sejarah perkembangannya, pendekatan-pendekatan serta metodologi utama yang sering digunakan serta asas pemikiran dan falsafah yang mendasari paradigma dan pendekatan penyelidikan juga dibincangkan melalui penjelasan tentang mendapatkan akses serta konsep kesahan dan kebolehpercayaan dalam konteks penyelidikan kualitatif. Peranan teori juga disentuh dengan panjang lebar bagi menjelaskan kedudukan teori dalam menjalankan penyelidikan kualiti. Ciri-ciri yang dihuraikan ini dapat membezakan dengan jelas antara penyelidikan Kualitatif dan penyelidikan Kuantiti.
Susunan bahagian dan bab dalam buku ini mengambil kira kesesuaiannya dalam memahami prosedur dan proses penyelidikan kualitatif serta perkaitan di antara teori dan amali dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Penulisan ini disusun sedemikian rupa bagi membolehkan pembaca meneliti aspek pemikiran dan paradigma yang menjadi asas penyelidikan kualitatif dan bagaimana asas-asas tersebut digunakan dalam pengkonseptualan dan pengoperasian penyelidikan kualitatif.
Selain itu buku boleh dijadikan sumber rujukan berkaitan dengan pendekatan penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam mengkaji isu dan fenomena sosial, politik, ekonomi dan bidang-bidang lain yang menuntut pemahaman yang mendalam serta menyeluruh.

留言Facebook

顯示更多