Top

Pubu飽讀電子書

Punk, Penentangan dan Politik Transnationalisme

出版日期:2017/05/29
出版:Gerak Budaya
作者:Muhamad Takiyuddin Ismail
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:81
ID:97595

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。
免費試閱

內容簡介

"Punk seringkali dipandang negatif dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan seperti sampah masyarakat, tidak berguna, tidak berakhlak dan sebagainya. Realitinya, wujud komuniti-komuniti punk lain yang melakukan bermacam-macam aktiviti dengan maksud untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Buku ini cuba untuk menampilkan sesuatu yang berbeza, iaitu tindakan politik dan aksi langsung yang telah dilakukan oleh komuniti punk seperti Rumah Api di Kuala Lumpur, Malaysia dan Komunitas Taring Babi di Jakarta, Indonesia. Buku ini juga menonjolkan nilai-nilai penentangan, pemberontakan dan kemandirian punk yang boleh dilihat melalui pelbagai prinsip seperti kerja bertukang sendiri (do-it-yourself).

Oleh yang demikian, buku ini berkeyakinan bahawa punk harus dilihat dalam lensa sub-budaya, ketidakakuran, penentangan dan transnasional bagi membolehkan mana-mana individu atau komuniti punk dapat difahami dengan lebih dekat sebagaimana Rumah Api dan Komunitas Taring Babi.

“Kajian tentang perlawanan politik di luar gelanggang rasmi seperti pemilihan umum dan parlimen masih sedikit. Justeru, buku ini menawarkan sebuah penerokaan budaya penentangan yang sungguh menarik. Ia memberikan penjelasan mengenai kedudukan khas seni dalam budaya penentangan tersebut dan keterbatasan dalam budaya tersebut bila berhadapan dengan konsumerisme. Proses ini mencerahkan dinamika budaya, sosial, dan politik yang tidak jelas kelihatan tetapi tetap membawa kepada perubahan masyarakat.”"

留言Facebook

顯示更多