Perkara asas dalam penyelidikan yang disentuh secara lengkap dengan disertakan contoh-contoh berkenaan bidang pengurusan pendidikan ini sesuai dijadikan panduan, rujukan dan sampel dalam menjalankan penyelidikan pengurusan pendidikan di Malaysia. Konsep Penyelidikan dalam pengurusan pendidikan dijelaskan dengan terperinci untuk penyelidik memahami konsep, proses, faedah atau memahami elemen-elemen penyelidikan bagi memudahkan untuk memilih jenis penyelidikan, reka bentuk, metode, analisis dan penulisan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti dan meningkatkan pembangunan pengurusan penyelidikan.